Harapan Mereka Aspirasi Bersama

Friday, April 22, 2011

Perkhemahan Pengakap Istimewa Peringkat Negeri Melaka

Tarikh: 2011-04-19 sehingga 2011-04-21
Hari: Selasa hingga Khamis
Tempat: Tapak Perkhemahan Hutan Rekreasi, Ayer Keroh Melaka


Perkhemahan ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas, JPN Melaka dan En. Halim merupakan kem komandan kali ini. Perkhemahan ini telah mendapat sambutan yang hangat dari setiap Zon; iaitu Zon Ayer Keroh, Zon Jasin, Zon Tanjung, Zon Merlimau, Zon Bukit Cina, Zon Masjid Tanah, Zon SMKTMu & SKPK serta Zon Alor Gajah. 

Pelbagai aktiviti yang menarik dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini. Aktiviti-aktiviti seperti Pertandingan Memasak, Pertandingan Ikatan, Pertandingan Pertolongan Cemas, Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Melukis, Pertandingan Lagu Pengakap dan tidak kurang juga Malam Kebudayaan yang menyerikan lagi perkhemahan ini.

 Aktiviti Pelajar ~ Dirikan khemah, melukis bendera/lambang kumpulan, pertandingan mewarna, pertandingan ikatan, pertandingan pertolongan cemas dan banyak lagi......

Ahli Pengakap diajar beberapa lagu pengakap yang sering digunakan di pelbagai perhimpunan pengakap, manakala malam kedua merupakan puncak Perkhemahan kali ini ~ iaitu Malam Kebudayaan!!

Senam Robik

Masuk Baris........

Jom bergambar beramai-ramai.......'Yeah!!~~~~~'

0 comments: