Harapan Mereka Aspirasi Bersama

Saturday, October 22, 2011

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 2011

Tarikh ~ 17 - 21 Oktober 2011
Tempat ~ Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur & Stadium Mini Sri Permaisuri, Cheras

Kontigen Melaka terdiri daripada seramai 16 orang guru dan 47 orang peserta. Setelah bertungkus lumus menjalani Latihan Pusat selama 4 minggu, kontigen Melaka telah berjaya meraih 4 Emas, 5 Perak & 6 Gangsa dalam Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 2011 baru-baru ini. Melaka juga berada di tangga ke-6 antara 15 kontigen yang hadir bersama. Selain daripada 4 pingat emas, dua daripada peserta telah memecah rekod dahulu, iaitu acara 200m BPJL dan 800m BPJP. Tahniah diucapkan.

Bagi pelajar PPKI SMKTMu, Al-Nazirul Mubin Bashir Ahmad mendapat Emas bagi acara 800m BDSL manakalan Nurul Fatin Nabilah Ahmad Tamyiz mendapat Perak bagi acara Lempar Cakera BDSP. Berita yang menggembirakan adalah peserta-peserta dari Kontigen Melaka dapat masuk sehingga ke peringkat akhir bagi kesemua acara!

 

Selamat tiba di Hotel Plaza

Taklimat oleh Jurulatih setiap malam

Berkumpul sebelum bertolak ke Stadium Mini Sri Permaisuri, Cheras

 Perasmian di Stadium Bola Sepak

sesi pemanasan badan & pertandingan

SKPK & PPKISMKTMu

Jurulatih-jurulatih Kontigen Melaka!!=)

0 comments: