Harapan Mereka Aspirasi Bersama

Thursday, December 27, 2012

Majlis Penyampaian Insentif Kepada Atlit Paralimpiad Malaysia XVI

Tempat : Seri Bendahara, Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka
Tarikh : 27 Disember 2012
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Bagi mengenangkan jasa dan usaha para atlit kontingen Melaka, YAB Ketua Menteri telah menyampaikan insentif kepada para pemenang pingat serta Sijil Penyertaan.

YAB Ketua Menteri telah memberi kata-kata semangat kepada para atlit supaya terus berusaha dan memajukan diri. Beliau juga mengumumkan bahawa Sukan Paralimpiad Melaka akan diletakkan di bawah Majlis Sukan Negeri dan para atlit bolehlah menyuarakan pendapat bagi memajukan sukan Paralimpiad Kontingen Melaka. Selain itu, Beliau menyatakan bahawa Melaka akan mengadakan Piala Terbuka Sukan Paralimpiad Melaka setiap tahun. Pemberitahuan itu telah menyemarakkan semangat Para Atlit yang hadir pada Majlis tersebut.

Ibu bapa pelajar PPKI SMKTMu yang hadir ke majlis tersebut

Pengerusi PESRON mendapatkan sijil dan insentif daripada YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam

Gambar Atas ~ Pemenang Petanque Perempuan Trio (Emas: Nurul Amirah, Nur Farahin & Nurul Izzah Fakhira), Lelaki Trio ( Gangsa: Al-Nazirul Mubin, Muhammad Amirul & Wong)

0 comments: