Harapan Mereka Aspirasi Bersama

Saturday, December 15, 2012

Paralimpiad Malaysia XVI

Paralimpiad Malaysia XVI telah berlangsung di Kuantan, Pahang pada 10 Disember hingga 14 Disember 2012. Seramai 120 atlit telah mewakili Negeri Melaka dalam pelbagai acara sukan. Antaranya Boling, Petanque, Olahraga, Renang, Goal Ball, Boling Padang, Catur dan Ping Pong.

Pada 9 Disember 2012, Kontingen Melaka telah bertolak pada jam 7.30pagi ke rumah Ketua Menteri Negeri Melaka untuk Majlis Pelepasan yang ringkas daripada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Selepas itu, keempat-empat buah bus bertolak ke destinasi / tempat penginapan masing-masing (tempat penginapan adalah mengikut acara).

Secara keseluruhan, Negeri Melaka telah berjaya mendapat tempat ke-3 antara semua negeri yang bertanding. Jumlah pingat adalah sebanyak 75! Tahniah diucapkan kepada Kontingen Melaka!!

 Berkumpul di Seri Bendahara

 Salam dengan YAB Ketua Menteri Melaka

 Atlit Boling Sebelum Majlis Perasmian Perkampungan Atlit Paralimpiad Malaysia XVI di Kolej Professional Mara, Kuantan

 
 Sebelum Majlis Perasmian Paralimpiad Malaysia XVI di Stadium Tertutup

 Majlis Perasmian Pembukaan Paralimpiad Malaysia XVI

 Pertandingan Petanque

 Hari Pertama Pertandingan Boling

Pertandingan Acara Boling

 Hari terakhir ~ Acara Trio Kategori B12 (Masalah Pendengaran) - Melaka vs. Sabah

 Atlit Petanque - (Pelajar-pelajar PPKI SMKTMu) telah mendapat JOHAN (Perempuan Trio) dan GANGSA (Lelaki Trio)

 Gambar kumpulan Atlit Petanque

  relakssss...

Majlis Perasmian Penutupan

 Dalam Perjalanan kembali ke Melaka



0 comments: