Harapan Mereka Aspirasi Bersama

Friday, January 11, 2013

Majlis Perpisahan Guru PPKI ~ Cik Norhafizah Binti Ismail

Tempat : Tapak Perhimpunan & Astaka PPKI
Masa : 7.30 pagi & 9.00pagi - 11.50 pagi
Guru yang diraikan ~ Cik Norhafizah Binti Ismail

Cik Norhafizah adalah Guru Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran SMKTMu yang telah berkhidmat di SMKTMu selama 2 tahun 2 bulan. Beliau akan berpindah ke Negeri Pulau Pinang dan lapor diri di sekolah baru beliau pada Isnin yang akan datang.

Cik Norhafizah merupakan seorang guru yang sangat dedikasi dan disayangi pelajar-pelajar PPKI. Walaupun Cik Norhafizah merupakan Guru Pend. Khas, namun, seperti Guru Pend. Khas yang lain, beliau turut aktif melibatkan diri dalam aktiviti Pelajar Aliran Perdana. Oleh itu, bolehlah dikatakan Cikgu Norhafizah sentiasa 'on her move'

Cikgu Norhafizah mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan PJK pada tahun ini. Beliau adalah memegang beberapa bidang tugas dalam PPKI dan juga di Aliran Perdana
  • Guru Tingkatan 3KB
  • Guru Pengawas PPKI
  • Guru Bertugas Mingguan Pend. Khas
  • Jurulatih Pasukan Bola Jaring Pend. Khas
  • Unit Kurikulum Pend. Khas
  • Unit HEM Pend. Khas
  • AJK APDM & SMM
  • Guru Perkhidmatan BBM Pusat Sumber Sekolah
  • Guru Bertugas Mingguan Sekolah
  • Guru Penasihat Kelab Tarian / Dondang Sayang (Aliran Perdana)
  • Guru Penasihat Permainan Bola Baling Sekolah (Aliran Perdana)
  • Guru Rumah Sukan PUTRA (Aliran Perdana)   

 
~ Bersama rakan seperjuangan yang tercinta ~ 

~ Bersama pelajar-pelajar tersayang ~

0 comments: