Harapan Mereka Aspirasi Bersama

Monday, February 24, 2014

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah Sesi 2014

Pihak sekolah telah menjemput Supt. Razali Bin Bakar, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah sebagai Perasmi Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah Tahun 2014.


Ketibaan Tetamu Jemputan

Ketibaan Supt. Razali Bin Bakar bersama dif-dif jemputan yang lain disambut meriah oleh pasukan kompang sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd. Razak Bin Baba diikuti dengan nyanyian 3 buah lagu patriotik dan lagu Pengawas.

Seterusnya merupakan ucapan oleh GPK HEM, Tn. Hj. Ismail Abdullah mewakili pengetua, En. Megat Nasir Bin Megat Hashim yang kini berada di Korea dan akhir sekali ucapan perasmi Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah ~ Supt. Razali BIn Bakar sebelum bacaan ikrar oleh para pengawas & penyampaian sijil kepada para pengawas.

 Cikgu Duzaimah menterjemah ucapan

Dalam ucapan perasmi, Supt. Razali menyatakan bahawa jenayah yang dilakukan oleh pelajar semakin meningkat. Beliau juga mengingatkan bahawa disiplin bermula sejak bangku sekolah, pengawas mestilah menjaga disiplin sendiri dan membantu guru dalam mengawal disiplin sekolah. Disiplin diri adalah penting bagi mencapai kejayaan kelak.

Seterusnya merupakan bacaan ikrar para pengawas (Pengawas Am, Pengawas SPBT, Pengawas Pusat Sumber & Pengawas Koperasi Sekolah) yang diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah ~ Nicholas Loh (5SN1) diikuti dengan penyampaian sijil berkhidmat.

*Atas: Nur Fariha Binti Aman (Pen. Ketua Pengawas Pend. Khas) mewakili Amer Syazwan Mohd Anuar (Ketua Pengawas Pend. Khas) yang tidak dapat hadir disebabkan beliau baru kehilangan ibu kesayangan

*Bawah: Chin Jia Lie (Ketua Pengawas Pusat Sumber Pend. Khas)

0 comments: