Harapan Mereka Aspirasi Bersama

Thursday, October 11, 2012

Pertandingan Tarian Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan / National Level Special Education Dancing Competition

Tarikh / Date: 08-11th October 2012
Hari / Day : Monday - Tuesday
Tempat / Venue: Pulau Langkawi

Dua orang pelajar PPKI SMKTMu telah dipilih untuk mewakili Kategori Masalah Pendengaran dalam pasukan tarian Pendidikan Khas Negeri Melaka. Pasukan tarian ini diketuai oleh Cikgu Shanthi dari SKPK Melaka. Beliau merupakan guru yang sangat berpengalaman dalam tarian dan kebudayaan.

Bukan senang untuk mendapat Johan, usaha para guru pasukan dan ahli pasukan sendiri memainkan peranan yang penting. Latihan intensif sering dijalankan sebelum pertandingan. Terbuktilah segala usaha itu berbaloi apabila juruacara majlis mengumumkan kemenangan Pasukan Tarian Pendidikan Khas Melaka.

Kiri ~ Nur Farahin Zamri (4K)
Kanan ~ Amer Syazwan Mohd Anuar (2KA)
"gaya yang CUN!"

Yeah! Johan!!

Usaha berbuah hasil!

0 comments: